Dulu Umno memang kuat, tapi sekarang tak boleh rasa begitu lagi – Pemimpin Pas

Oleh MHDAILY

Dulu Umno memang kuat, tapi sekarang tak boleh rasa begitu lagi – Pemimpin Pas. Ketua Sidang Assabiqun PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamed menyanggah kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa UMNO sudah kuat dan tidak memerlukan sebarang bentuk kerjasama dengan parti selain komponen Barisan Nasional (BN).

“Kita tahulah dulu UMNO kuat, tetapi secara realiti semasa tidak boleh rasa begitu lagi kerana selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), tidak ada satu parti pun yang boleh monopoli, menang bersendirian,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden UMNO itu bahawa parti berkenaan sudah kuat dan akan bertanding bersendirian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka jika diadakan.

Baca Artikel Penuh