Gempar !!! Ismail Sabri bakal bertanding Presiden Umno?

Ismail

Ismail Sabri bakal bertanding Presiden Umno.Mungkin agak pelik sekiranya Ismail Sabri Yaakob tidak mengejar kedudukan tertinggi Umno dalam pemilihan parti demi penyatuan kuasa.

Ini disebabkan kedudukan yang tidak selesa Perdana Menteri daripada Umno itu yang mungkin berdepan cabaran dalam mentadbir negara, kata seorang penganalisis.

Ooi Kok Hin, seorang pelajar doktor falsafah di Jabatan Sains Politik Universiti Albany berkata, selepas menyokong Muhyiddin Yassin ketika majoriti ahli Umno lain mempersoalkannya, Ismail mungkin kehilangan sokongan dalam partinya sendiri.

Memandangkan dua pemimpin tertinggi Umno, iaitu Presiden Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalannya, Mohamad Hasan, menolak kerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, Ismail kini bergantung kepada parti untuk mengekalkan kerajaan pimpinannya.

“Politik di bawah pentadbiran Ismail sangat goyah. Dalam partinya, beliau perlu menghadapi pemilihan Umno yang mesti dijalankan pada akhir 2022. Ketika ini ia bergantung kepada tempoh masa PRU,” tulis Ooi dalam esei yang diterbitkan oleh Institut ISEAS Yusof Ishak.

Ismail

“Adakah Ismail bertanding jawatan Presiden? Belum pernah berlaku sebelum ini apabila seorang yang bukan pemimpin tertinggi parti dilantik sebagai Perdana Menteri, tetapi lebih pelik jika beliau tidak menyatukan kuasa dalam partinya.”

Katanya, Ismail perlu berdiam diri sebagai calon yang akan mengutamakan kepentingan Umno dan mengelakkan mereka yang berada dalam Bersatu yang menyokong kerajaannya.

Tanpa jawatan presiden katanya, Ismail tidak akan mempunyai kuasa untuk memuktamadkan pemilihan calon PRU akan datang dan tidak dapat “secara unilateral” berunding dengan sekutu gabungannya.

Ooi berkata, PAS juga mempunyai kelebihan besar dalam gabungan semasa dan juga membuktikan sukar untuk mengurus Ismail.

Memandangkan PAS “mengawal” kementerian hal ehwal agama, Ismail perlu menguruskan hubungannya dengan parti itu dengan berhati-hati.

Adakah kebergantungan Ismail terhadap kesetiaan PAS akan membawa kepada konsesi konservatisme agama, atau adakah beliau menguburkan cita-cita mereka kerana takut agenda PAS akan membebankan sokongan beliau daripada parti di Malaysia Timur?

Ooi berkata, PAS, meraih keuntungan paling banyak di tengah-tengah ketegangan antara kumpulan dalam Umno dan Bersatu. Oleh itu, keperluan mereka menarik keluar sokongan tidak mungkin berlaku.

Beliau berkata, perpecahan dalam Umno memberi manfaat kepada PAS pada PRU sebelum ini dan terkini langkah mengukuhkan hubungan dengan Bersatu bermakna mereka tidak perlu berkongsi kuasa dengan Umno dan boleh memanfaatkan sokongan di negeri Pantai Timur dan secara tradisi menguasai Kelantan, Kedah dan Terengganu.

Ketidakpastian terhadap sokongan dalam kerajaan membawa kepada memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani dengan Pakatan Harapan, yang dibentuk atas dasar transformasi politik dan kerjasama.

“Semangat kerjasama ini akan diuji ketika kerajaan membentang Belanjawan 2022. Adakah kerajaan memasukkan input pembangkang dalam belanjawan dan memenuhi jangkaan orang ramai? Jika ia berbuat demikian, adakah pembangkang akan menghormati kata-kata mereka dan meluluskan belanjawan?” soalnya.

BACA :Gempar !!! Audio mirip suara PM dengan pemimpin PKR pula tular

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA: Gempar !!! Ismail Sabri bakal bertanding Presiden Umno? […]