Disifatkan terlalu cantik jadi atlet sukan, ini kisah wanita ini yang ramai tidak tahu

Disifatkan terlalu cantik jadi atlet sukan, ini kisah wanita ini yang ramai tidak tahu. Memiliki susuk tubuh langsing dan berketinggian enam kaki, rambut hitam panjang mengurai, hidung mancung serta bibir mungil. Tidak hairanlah atlet bola tampar Kazakhstan ini menjadi perhatian ramai peminat sukan.

Bukan hanya dipuja kebanyakan kaum lelaki malah golongan wanita juga mengagumi kecantikan Sabina Altynbekova ini. Memang cantik dan tinggi lampai orangnya!

Kecantikan Sabina mula disedari ketika dia menjadi salah seorang pemain bola tampar bagi negara kelahirannya, Kazakhstan. Dia meraih perhatian luar biasa ketika menyertai Asian Junior Women’s Volleyball Championship di Taipei, Taiwan pada tahun 2014 ketika Sabina baru berusia 17 tahun.

Disifatkan terlalu cantik jadi atlet sukan ini kisah wanita ini yang ramai tidak tahu

Disebabkan bakat dan wajah cantik Sabina dalam sukan ini, dia terus menjadi bualan sensasi di internet dan pernah mendapat julukan ‘The World’s Most Beautiful Volleyball Player’.

Disifatkan terlalu cantik jadi atlet sukan ini kisah wanita ini yang ramai tidak tahu

Disifatkan terlalu cantik jadi atlet sukan ini kisah wanita ini yang ramai tidak tahu

Namun, segelintir pihak mempersoalkan penglibatannya dalam bidang sukan kerana beranggapan wanita cantik sepertinya tidak sesuai memilih kerjaya sebagai atlet bola tampar. Sampai wajah cantik Sabina sentiasa menjadi bualan berbanding bakatnya dalam arena sukan berkenaan.

Setiap kali kelibat Sabina muncul dalam sesuatu pertandingan, penonton akan memberi sepenuh tumpuan kepada wanita berusia 25 tahun ini. Disebabkan ‘tumpuan’ itu, jurulatih Sabina kurang senang dengan limelight yang diberikan kepada atlet cantik ini kerana memberi kesan dan mengganggu perhatian pemain yang lain.

Sudahnya, Sabina jarang mendapat peluang untuk beraksi dalam beberapa perlawanan dan tidak mampu mengembangkan bakatnya. Malah, dia juga menerima kritikan kerana dikatakan terlalu cantik untuk bermain bola tampar.

Sebagai atlet, pastinya perkara itu menjejaskan reputasi Sabina kerana jiwanya sudah cukup sebati dengan sukan sejak kecil.

Disifatkan terlalu cantik jadi atlet sukan ini kisah wanita ini yang ramai tidak tahu

Memuat naik gambarnya di samping seorang lelaki sambil memakai selendang

Pada 25 Disember 2020, berita perkahwinan Sabina bertebaran di media sosial. Menguatkan lagi khabar tersebut apabila Sabina sendiri memuat naik gambarnya di samping seorang lelaki sambil memakai selendang.

Sekali gus memberi gambaran jelas bahawa dia sudah bergelar isteri. Kongsinya, “Finishing this year as the wife of the best man.” Selain gambar berkenaan, hashtag Sabina juga mencuri tumpuan apabila menggunakan #mashaallah, #alhamdulillah dan #nikah.

Memetik laporan media antarabangsa, jejaka yang berjaya menambat hati jelitawan ini ialah Sayat Salmanuly. Lelaki yang berasal dari Kazakhstan ini juga dikatakan lapan tahun lebih berusia daripada Sabina.

Disifatkan terlalu cantik jadi atlet sukan ini kisah wanita ini yang ramai tidak tahu

Memuat naik gambar bayi

5 Oktober 2021, Sabina mengejutkan peminat apabila memuat naik gambar bayi yang merupakan anak sulungnya. Kongsi jelitawan ini, “5.10.2021 I’ve never waited for any man as much as you, my son. Welcome to the family full of love and care.”

Bagaimana pun, Sabina dan suami belum mendedahkan wajah anak mereka kepada umum. Sepanjang kehamilan juga Sabina jarang berkongsi gambarnya ketika berbadan dua.

Paling mencuri perhatian ialah biarpun baru beberapa bulan bersalin, Sabina berjaya mengekalkan tubuh langsingnya. Ini dibuktikan dalam salah satu posting yang memaparkan dia bersama suami keluar beriadah di samping anak mereka.

Disifatkan terlalu cantik jadi atlet sukan ini kisah wanita ini yang ramai tidak tahu

Dengan tercetusnya fenomena kerana wajah cantik Sabina dalam sukan bola tampar sehingga dikenali di serata dunia, Sabina berjaya meraih lebih sejuta pengikut di laman Instagram. Ia pastinya menjadi medium terbaik buat Sabina untuk terus dikenali dan mengembangkan bakat dalam bidang yang diminati.

Disifatkan terlalu cantik jadi atlet sukan ini kisah wanita ini yang ramai tidak tahu

Sabina juga melancarkan jenama pakaian sukan miliknya sendiri iaitu ‘S20’ yang menawarkan rekaan pakaian sukan dan aksesori berkaitan.

Tonton:

Baca:

Lupa tanya harga mee sebelum order, sekali nah sampai bil menggelupur nyawa haa…

Terkenal digelar “Gerai Nasi Lemak Anjing”, ini penjelasan pemuda ini

Suami Heliza terlibat penipuan skim pelaburan? Ini penjelasan polis

CATEGORIES