“Dari warung 3 meja sampai jadi restoran, mak partner dengan makcik sampai berjaya, bila makcik meninggal, anak-anak dia buang mak dari restoran”

Aku saja nak berkongsi satu cerita ni. Tapi bukan pasal aku lebih kepada kisah mak aku. Mak aku ni membesar dekat rumah anak – anak yatim.

Umur dia 16 tahun dia keluar dari tempat tersebut dan, pergi lah cuba cari kerja merantau ke sana ke sini banyak tempat tanya. Tapi tak jumpa.

Sampai akhirnya ada sorang makcik ni dalam umur 30 an. Dia tanya mak aku nak kerja tak? Mak aku pun cakap nak.

"Dari warung 3 meja sampai jadi restoran, mak partner dengan makcik sampai berjaya, bila makcik meninggal, anak-anak dia buang mak dari restoran"

Jadi makcik ni atau aku namakan Mak Tulip (bukan nama sebenar) Dia bagitahu mak aku yang dia ni nak buka kedai makan kecik je, warung makan dalam 3 – 4 meja sahaja, kedai dah jumpa pun.

Mak aku sebulan dua tu dengan Mak Tulip tungkus lumus bersihkan kedai, beli barang apa yang ada dan plan nak masak lauk dan berapa banyak cost apa semua. Akhirnya selepas 2 bulan mak aku dengan Mak Tulip ni berniaga dua orang.

Baca Artikel Penuh