Bumbung pesawat tercabut di ketinggian 24 Ribu kaki, ini yang berlaku akhirnya

Bumbung pesawat tercabut di ketinggian 24 Ribu kaki, ini yang berlaku akhirnya. Kisah Bumbung Pesawat Tercabut Di Ketinggian 24 Ribu Kaki Tapi Selamat Mendarat Setiap kali menaiki kapal terbang, pastinya kita sedikit sebanyak diselubungi perasaan khuatir, tambahan pula bagi yang jarang menggunakan pengangkutan udara ini.

Selama pesawat digunakan sebagai salah satu medium pengangkutan, bermacam-macam peristiwa berkait nahas kapal terbang yang telah berlaku di seluruh dunia.

Salah satu peristiwa kapal terbang yang sehingga kini tercatat dalam sejarah penerbangan adalah insiden Aloha Airlines Penerbangan 243 yang sempat menggemparkan dunia pada tanggal 28 April 1988.

Bumbung tertanggal, pesawat masih terbang

Pesawat jenis Boeing 737-297 itu membawa 89 orang penumpang bersama lima kru kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hilo pada jam 1.25 tengah hari menuju Honolulu.

Namun setelah berada di ketinggian 24,000 kaki (7,315 meter) sekitar jam 1.48 tengah hari, sebahagian bumbung Boeing 737 itu tertanggal dan menyebabkan tekanan rendah di dalam kapal terbang berkenaan.

Bumbung pesawat tercabut di ketinggian 24 Ribu kaki ini yang berlaku akhirnya

Gambar: Aerotime

Menurut Aerotime, pengemudi kapal terbang berkenaan, Kapten Robert Schornstheimer mengaku turut melihat ‘pemandangan’ langit biru dari siling dek kelas pertama yang telah tercabut.

Pesawat Aloha Airlines 243 ini turut mengalami kesukaran kendali setelah berlaku kerosakan enjin akibat serpihan bumbung kapal yang tertanggal.

Kapten Schornstheimer bagaimanapun berjaya mendaratkan Boeing 737 tersebut di landasan terdekat, tepatnya di Lapangan Terbang Kahalui sekitar jam 1.58 tengah hari.

Bumbung pesawat tercabut di ketinggian 24 Ribu kaki ini yang berlaku akhirnya

Gambar: Airways Magazine

Walaupun pesawat yang dikenali sebagai Queen Liliuokalani ini berjaya mendarat 10 minit setelah mengalami detik cemas itu, insiden tersebut telah meragut nyawa seorang kru.

Kru kapal berkenaan yang juga seorang ketua pramugari telah tercampak keluar dan hilang di laut. Setelah tiga hari misi pencarian, mayat mangsa yang merupakan satu-satunya korban dalam kejadian tersebut masih tidak dapat ditemui sehingga hari ini.

Sementara itu, seorang pramugari pesawat Aloha Airlines Penerbangan 243 mengalami kecederaan serius di kepala dan dilaporkan tidak sedarkan diri.

Manakala, seorang lagi kru bersama beberapa penumpang tercedera akibat terkena serpihan bumbung pesawat.

Tonton:

Baca:

Isu isteri Abam lawan Ali Puteh, ini pengajaran penting yang wajib korang ambil tahu

Menangis baca kisah warga emas jual hanya untung RM5 sehari, terpaksa sara anak OKU

Komen Aliff Syukri mengenai kes Ali Puteh dapat pujian netizen

CATEGORIES