Komen Aliff Syukri mengenai kes Ali Puteh dapat pujian netizen

Komen Aliff Syukri mengenai kes Ali Puteh dapat pujian netizen

Komen Aliff Syukri mengenai kes Ali Puteh dapat pujian netizen. Usahawan k0smetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman melahirkan rasa syukur selepas mahkamah menolak saman fitnah dikemukakan Ali Puteh terhadap dirinya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Menerusi hantaran Instagram di muat naik Aliff Syukri sebentar tadi, usahawan k0smetik itu melahirkan rasa syukur selepas keputusan mahkamah berpihak kepadanya selepas bertahun perbicaraan dijalankan.

“Alhamdulillah, semuanya sudah selesai setelah bertahun kes ini berlangsung. Mahkamah akhirnya memberi keputusan hari ini.

Komen Aliff Syukri mengenai kes Ali Puteh dapat pujian netizen

“Tiada yang mampu saya ucapkan melain kan memanjatkan rasa syukur,” katanya.

Terdahulu, saman fitnah dikemukakan Ali Puteh dan tiga ahli keluarga nya dengan kos sebanyak RM13,000 terhadap Aliff Syukri dan balu Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Norhidayah Mohd Ali ditolak mahkamah.

Dalam saman itu, Ali Puteh dan keluarga memfailkan s4man fitnah terhadap Aliff Syukri dan Siti Norhidayah berhubung satu temu bual yang disiarkan secara langsung di akaun YouTube usahawan kosmetik itu.

Temu bual itu didakwa telah menjatuhkan maruah, mengaibkan dan memfitnah Ali Puteh sekeluarga selaku plaintif.

Sementara itu, rata-rata netizen mengucapkan terima kasih kepada Aliff Syukri dengan menyifatkan video temu bual bersama Siti Norhidayah dibuatnya sebagai antara faktor kemenangan kepada kes itu.

“Ini semua bermula daripada Datuk, orang nampak macam menyibuk tetapi mungkin kehadiran Datuk sebagai insan membantu mereka memerlukan,” kata Farhana.

“Sedekah dekat Hamzah saja Datuk, pahala untuk anak yatim,” cadang Yoojina93.

“Sebab Datuk buat video kita tahu keadaan Siti Norhidayah, kalau tidak mungkin ramai tidak tahu. Terima kasih Datuk,” jelas S_asyah.

Terdahulu…

“Saya Akur..Tapi Saya Akan Buat Rayuan Sebab Ada Fakta Yang Tak Betul..” Ali Puteh Buka Mulut Lepas Keputusan Dibuat

Pelawak dan pelakon, Ali Puteh bercakap kepada media selepas mengikuti keputusan kes saman terhadap kakak iparnya, Siti Norhidayah Mohd Ali di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Isteri kepada pelawak popular, Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali berjalan keluar dari mahkamah selepas mengikuti keputusan kes saman terhadap adik iparnya yang juga pelakon dan pelawak, Ali Puteh.

Hampir dua tahun turun naik mahkamah, balu Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali menang dalam kes saman fitnah yang difailkan terhadap adik iparnya, Ali Puteh. Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Zulqarnain Hassan, hari ini.

Berikutan daripada itu, Ali Puteh atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan diperintahkan membayar ganti rugi kepada Nor Hidayah sebanyak RM60,000.

Menurut peguam Mohamed Ibrahim Mohamad yang mewakili Nor Hidayah, pada prosiding itu juga hakim membuat keputusan menolak tuntutan yang dibuat keluarga Allahyarham Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan dengan kos.

Manakala tuntutan kami (Nor Hidayah) terhadap Ali Puteh dibenarkan dengan kos. Kami percaya keputusan ini membersihkan segala kata-kata negatlf yang dilemparkan kepada anak guam kami.

Sebelum ni dikatakan ada pihak telah dianlaya oleh anak guam, namun mahkamah jelaskan tidak berlaku sebarang penganlayaan sebaliknya anak guam kami yang dianlya.

Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan disahkan menlnggal dunia pada 10 Februari 2020.

Nor Hidayah dan Abam melangsungkan perkahwinan di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam pada 8 Disember 2017. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia tiga tahun.

Baca:

Baru sahaja kecoh berita Rayan jatuh perigi, kini adik Haidar pula alami nasib sama

Erra Fazira terjumpa kembar seirasnya, ini reaksi primadona itu…

Siwon Super Junior jadi duta santan di Indonesia buat rakyat “angau”

CATEGORIES