Bekas askar fail permohonan semakan kehakiman setelah dipecat kerana enggan suntik vaksin

Oleh MHDAILY

Bekas askar fail permohonan semakan kehakiman setelah dipecat kerana enggan suntik vaksin. Seorang bekas askar berpangkat sarjan yang enggan menerima suntikan vaksin Covid-19 memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk membatalkan keputusan pihak berkuasa yang memecatnya.

Dalam permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi hari ini, Wan Ramli Wan Seman turut memohon deklarasi bahawa pemecatannya pada 4 Ogos tidak sah dan terbatal selain tiada kesan.

FMT melaporkan pemohon yang bertugas di Batalion ke-24 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) berpangkalan di Kem Rasah, Negeri Sembilan, dipecat selepas berkhidmat selama 19 tahun.

Baca Artikel Penuh