Remaja menangis keluar air mata batu

Bukan air mata sebaliknya batu yang terbit daripada mata seorang remaja perempuan di India setiap kali dia menangis.

Keganjilan itu sehingga kini menjadi misteri dengan doktor menganggap penderitaan ditanggung remaja berusia 15 tahun dari Kannauj, Uttar Pradesh itu tidak boleh ditafsir dari sudut perubatan.

Keluarga remaja berkenaan mendakwa 10 hingga 15 ketulan batu keluar daripada mata kiri anak mereka sejak dua bulan lalu.

Remaja menangis keluar air mata batu

BATU yang keluar daripada mata remaja di India. FOTO Jam Press Vid/Rare Shot News

Dalam petikan video yang dirakam di perkampungan Gadiya Balidaspur kelihatan jelas benjol pada kelopak atas mata kiri remaja terbabit dan seorang individu dilihat mengurut mata gadis berkenaan sebelum seketul batu jatuh.

Air mata batu itu jatuh sekali lagi yang disambut dengan kain serta ditunjukkan dalam rakaman berkenaan.

Keluarga remaja itu mendapatkan khidmat doktor untuk mengubati anak mereka namun dimaklumkan tiada ubat.

Sebelum ini, pada 2014, Mail Online pernah melaporkan Saadiya Saleh, 12, dari Yaman menderita masalah sama, malah, doktor sukar menjelaskan fenomena itu.

Malangnya, keadaan Saadiya mencetuskan panik dalam kalangan penduduk pedalaman yang menganggap kanak-kanak itu terkena sihir.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/utama/2021/09/759592/tangisan-air-mata-batu

BACA JUGA : Ini kronologi kes gangguan seksual babitkan Ebit Lew

COMMENTS

Wordpress (0)