Baru umur 28 tahun tapi muka dah macam nenek

Baru umur 28 tahun tapi muka dah macam nenek

Baru umur 28 tahun tapi muka dah macam nenek. Tular di media sosial, video seorang wanita dari Bogor, Indonesia, yang bersuara merdu dan lembut seperti gadis muda tetapi wajahnya nampak seperti sudah berusia.

Portal Wolipop melaporkan, wanita bernama Puspa Sari itu mendapat perhatian selepas kerap memuat naik videonya menyanyi di TikTok.

Antara yang dikongsikan adalah videonya menyanyikan lagu Berhak Bahagia dendangan asal Aurel Hermansyah menerusi akaun TikTok miliknya @puspaa126.

Menurut Puspa, dia mengalami penyakit jarang jumpa membuat wajahnya lebih tua dari usianya.

Berikutan itu, dia kerap disangka sudah bergelar nenek walaupun baru berusia 28 tahun.

Baru umur 28 tahun tapi muka dah macam nenek

“Sering disangka nenek gara-gara penyakit jarang jumpa, umur 28, lahir 20 Julai 1994,” tulisnya di ruangan bio dekat akaun TikTok miliknya.

Menerusi video dimuat naik, wajah Puspa kelihatan sudah berkedut dan kendur.

“Oleh kerana ramai yang bertanya, jadi saya mahu kongsikan kisah sebenar, namun menurut doktor, puncanya belum diketahui.

“Ketika kecil… tiada (masalah) tetapi ia terjadi sewaktu berumur 10 tahun,” katanya.

Menurut Puspa, wajahnya benar-benar tampak lebih berusia dan foto itu bukan disunting untuk menarik perhatian sesiapa.

“Ini wajah sebenar saya, umur masih 28 dan penyakit itu bukan sejak lahir.

“Jangan ajar saya bagaimana untuk bersabar kerana sudah 18 tahun saya bersabar harungi penyakit ini dan ia bukan satu tempoh yang singkat,” katanya yang aktif memuat naik videonya meniru bermacam suara dan turut menjual pakaian dewasa serta kanak-kanak di TikTok.

BACA:

Jodoh dengan cikgu taska, ‘tak sia-sia kerap pusing kawasan ini, siap suruh beli aiskrim’

Iqbal dedah sesuatu mengejut pasal Erra Fazira – “dia layan saya..”

Ini dia watak utama yang rungkai mayat terakhir tragedi Batang Kali

CATEGORIES