Bantuan RM450 untuk OKU, semak di sini

Oleh MHDAILY

Bantuan RM450 untuk OKU, semak di sini. Khas untuk OKU, kerajaan akan berikan bantuan yang sewajarnya untuk menaik taraf hidup warga OKU.

Apakah itu EPOKU?

  • Kadar bayaran Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU): RM450 sebulan seorang
  • EPOKU adalah bertujuan untuk menggalakkan OKU terus bekerja, serta mampu hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif.

Siapakah yang layak untuk memohon EPOKU?

Bantuan RM450 untuk OKU, semak di sini

  • Warganegara yang bermastautin di Malaysia;
  • Berumur 16 tahun dan ke atas;
  • Pemegang kad OKU JKM;
  • Pendapatan bulanan RM 1,500 dan ke bawah; ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).

Bagaimanakah cara untuk memohon EPOKU?

  • Setiap pemohon perlu melengkapkan Borang Permohonan Bantuan (JKM 18)
  • Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti:
    i. Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
    ii. Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
    iii. Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
    iv. Salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
  • Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
    i. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon
    ii. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

BACA:

Baca Artikel Penuh