Penduduk cemas tengok serpihan roket menjunam jatuh ke tanah mereka

Penduduk cemas tengok serpihan roket menjunam jatuh ke tanah mereka

Penduduk cemas tengok serpihan roket menjunam jatuh ke tanah mereka. Satu serpihan besar roket SpaceX milik lelaki paling kaya di dunia, Elon Musk tertusuk ke dalam tanah milik seorang petani di Snowy Mountains di negeri New South Wales, Australia baru-baru ini.

Objek berukuran tiga meter itu ditemui di selatan Jindabyne, selepas seorang petani, Mick Miners melakukan siasatan selepas dentuman kuat yang didengari oleh anak perempuannya.

Sehubungan itu, seorang pakar ruang angkasa Universiti Nasional Australia, Brad Tucker memberitahu hos radio Ben Fordham dia kemudian dipanggil untuk menyiasat penemuan itu.

Tucker berkata, bahagian itu telah berada di angkasa lepas sejak November 2020 dan mula menyahorbit.

Menurutnya, serpihan itu pastinya sampah angkasa lepas yang merupakan sebahagian daripada komponen SpaceX Crew-1.

Penduduk cemas tengok serpihan roket menjunam jatuh ke tanah mereka

Agensi Angkasa Australia kini mengendalikan serpihan itu kerana terdapat protokol undang-undang, tambahnya. – Agensi

BACA:

Kereta anak Sultan Johor kena langgar BMW, sekali ini yang jadi

Kartel terbesar hasilkan dadah dengan jenama Tesla dan Prada

Bantuan laptop percuma untuk mahasiswa, klik untuk memohon

CATEGORIES