Banjir besar: Akhirnya Mat Bashah mengaku lulus buka ladang durian di Baling

Oleh MHDAILY

Banjir besar: Akhirnya Mat Bashah mengaku lulus buka ladang durian di Baling. Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, mengesahkan pentadbirannya menerima cadangan dikemukakan ECK Development Sdn Bhd yang merancang Gunung Inas, Baling, dijadikan ladang durian Musang King berskala besar pada 2018.

Ia adalah kenyataan pertama beliau berhubung isu berkenaan, dua minggu selepas kejadian kepala air dan banjir lumpur di Kampung Iboi yang meragut tiga nyawa serta menjejaskan lebih 800 penduduk pada 4 Julai lalu.

Beliau berkata, kelulusan itu diberi bagi memastikan kawasan yang sudah dijalankan aktiviti pembalakan, dilindungi semula dengan tanaman baharu supaya tidak menjadi masalah kepada sekitarnya.

Baca Artikel Penuh