“Banduan hanya boleh terima rawatan di hospital kerajaan”, KJ nafi Najib masuk IJN

Banduan hanya boleh terima rawatan di hospital kerajaan KJ nafi Najib masuk IJN

“Banduan hanya boleh terima rawatan di hospital kerajaan”, KJ nafi Najib masuk IJN. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan setiap banduan termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak haruslah menerima rawatan di hospital kerajaan.

Menurutnya, ia adalah berdasarkan prosedur yang telah ditetapkan.

“Prosedur banduan adalah dirujuk ke hospital kerajaan dan bagi kes Najib, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memutuskan beliau dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penerimaan Anugerah Malaysia Book Of Record dan Pelancaran Laporan Record Breaking Covid-19 Vaccination di kementeriannya pada Selasa.

Khairy berkata demikian mengulas mengenai laporan bekas Perdana Menteri itu yang kini menjalani hukuman penjara 12 tahun akan dirujuk ke IJN selepas dimasukkan ke HKL pada Isnin.

Banduan hanya boleh terima rawatan di hospital kerajaan KJ nafi Najib masuk IJN

Sebelum ini, di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengesahkan anak guamnya kemungkinan dihantar ke IJN.

IJN merupakan sebuah entiti swasta atau badan dikorporatkan di bawah Kementerian Kewangan Malaysia.

Setiap pusat perubatan termasuk IJN adalah berdaftar di bawah Akta 586.

Pada masa sama, Khairy memberi jaminan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi rawatan dan perkhidmatan terbaik kepada semua pihak termasuk banduan.

“Kita akan beri rawatan terbaik untuk semua banduan, bukan hanya Najib. Ini tugas kita,” katanya.

BACA:

Video Coki riba, peluk gadis dalam kereta jadi tular

Selalu pakai baju sedondon, netizen syak ini kekasih Shuib

Baru usia 20 tahun, usahawan wanita ini jadi individu berpengaruh di Malaysia

CATEGORIES