Video Coki riba, peluk gadis dalam kereta jadi tular

Video Coki riba peluk gadis dalam kereta jadi tular

Video Coki riba, peluk gadis dalam kereta jadi tular. Sejak semalam hangat diperkatakan apabila tular video pelakon dan personaliti media sosial, Coki memaparkan dia meriba serta memeluk seorang wanita di dalam kereta.

Menerusi video itu juga, Coki atau nama sebenarnya Muhammad Danish Daniel dilihat seperti meletakkan mukanya di dada wanita tersebut sedangkan ada ruang untuk untuk duduk di sebelahnya.

Sedar namanya menjadi bulan ramai, menerusi IG Live Coki tampil membuat permohonan maaf serta mengakui bahawa perbuatannya itu salah.

Jelas remaja berusia 17 tahun itu lagi, dia dan wanita itu tiada sebarang hubungan istimewa serta mengatakan wanita tersebut duduk di atas ribanya untuk beberapa saat sahaja.

“Kalau perasan dalam video tu, dia duduk atas paha saya. Sebab apa, kami parking tepi jalan dekat Menara U banyak kereta dan kami double park.

Video Coki riba peluk gadis dalam kereta jadi tular

“Kami tunggu satu lagi kereta untuk ambil kami yang ramai. Bukan sebab saya berdua, ada perempuan dan lelaki. Keadaan jadi kelam kabut sebab kereta double park itu hon sebab marah.

“Jadi semua masuk dalam kereta. Kalau perasan dalam video itu ada kawan saya baju putih dah keluar kereta, waktu tu memang semua dah keluar kereta. Dia pun dah bangun dari paha saya. Hanya duduk dalam satu hingga empat saat saja, serius tak lama..sumpah, tolong la,” katanya.

@cokinaktaubat Kena remove do #btsanjiing #coki ♬ original sound – cokisukacium

BACA:

Baru usia 20 tahun, usahawan wanita ini jadi individu berpengaruh di Malaysia

Dakwaan kahwin sebab harta, ini respon panas dari Ayda Jebat

Lelaki OKU luah perasaan hiba ada yang sudi terima dirinya

CATEGORIES