“Azmi tunggu sini main dengan kawan-kawan nanti petang mak dengan ayah ambil, sampai kesudah mak ayah dia tak datang, dia tak sedar sebenarnya kena buang”

Assalamualaikum. Apa yang aku kongsikan ini situasi sebenar suami aku. Aku kenal dengan suami waktu zaman belajar diploma.

Dari kenal biasa sampai jatuh cinta, dari awal dia sendiri dah kongsikan dekat aku yang dia ni membesar dekat rumah kebajikan anak – anak yatim.

Aku pun dari awal anggap dia kehilangan mak dan ayah di usia muda tapi, bila suami cerita rupanya dia ni ‘ditinggalkan’ di rumah tersebut ketika baru berusia 6 tahun.

"Azmi tunggu sini main dengan kawan-kawan nanti petang mak dengan ayah ambil, sampai kesudah mak ayah dia tak datang, dia tak sedar sebenarnya kena buang"

Suami aku sendiri ingat sampai harini. Umur dia 6 tahun.

Mak dan ayah dia bawa satu tempat ni ramai budak dekat tempat tersebut tapi dia usia 6 tahun apa lah yang dia tahu. Mak dengan ayah dia cakap “Azmi tunggu sini main dengan kawan – kawan nanti petang mak dengan ayah ambik”

Baca Artikel Penuh