3 tip penting mengembara solo, Jurutera melawat lebih 15 negara dah dapat ‘hidu’ bahaya selepas diekori dua lelaki

Seorang jurutera yang telah melawat lebih 15 negara atas urusan kerja dan melancong mujur dapat menghidu bahaya selepas diekori dua lelaki semasa berada di Jepun.

Mike Winchester seorang rakyat Malaysia berkongsikan pengalaman hampir ditipu oleh seorang gadis Jepun ketika sedang menikmati hidangan di sebuah restoran.

Jurutera syarikat cari gali minyak terkemuka itu berkata, pada masa kejadian, dia didatangi seorang gadis Jepun yang membawa keratan akhbar kepadanya.

“Kejadian berlaku pada Sabtu, 27 April semasa musim cuti panjang di Jepun yang dikenali sebagai Golden Week.

Gadis Jepun tersebut memberikan keratan akhbar kepada saya dan bertanyakan sama ada pernah ke Gunung Fuji atau tidak.

3 tip penting mengembara solo, Jurutera melawat lebih 15 negara dah dapat ‘hidu’ bahaya selepas diekori dua lelaki

Baca Artikel Penuh