AstraZeneca beri kesan sampingan gangguan saraf kepada penerima

Oleh MHDAILY

AstraZeneca beri kesan sampingan gangguan saraf kepada penerima. Agensi Ubat-ubatan Eropah (EMA) menyenaraikan gangguan neurologi Sindrom Guillain-Barre (GBS) sebagai antara kesan sampingan vaksin COVID-19 AstraZeneca.

Gangguan menyebabkan kelumpuhan sementara itu dikesan jarang berlaku kepada penerima vaksin berkenaan, namun EMA menyatakan bahawa wujud kaitan kemungkinan yang munasabah berlakunya kesan sampingan itu.

Laporan yang kemas kini semalam mencatatkan bahawa sehingga 31 Julai sejumlah 833 kes GBS dilaporkan di seluruh dunia daripada 592 juta dos vaksin AstraZeneca ‘Vaxzevria’ yang dikeluarkan.

Baca Artikel Penuh