Ketua Penerangan Armada sahkan pemecatan Maszlee berkisar isu 1Bestarinet, YTL

Ketua Penerangan Armada sahkan pemecatan Maszlee berkisar isu 1Bestarinet, YTL.Ketua Penerangan Armada Nasional, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir hairan mengapa Maszlee Malik menyalahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan pada tahun lepas.

Beliau turut mempersoalkan apakah dosa Muhyiddin terhadap Ahli Parlimen Simpang Renggam itu sehinggakan beliau berkata sedemikian dalam buku terbaharunya, ‘Memoir Bukan Memori’.

Maszlee dalam bukunya mendakwa isu 1BestariNet antara punca kepada peletakan jawatan beliau.

Begitupun, menurut Mohd Ashraf Mustaqim, surat daripada Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah tersebar menyatakan Maszlee gagal mematuhi arahan Kabinet dalam isu perkhidmatan internet percuma di sekolah.

Ketua

“Bila saya buat semakan, YTL Communications iaitu syarikat yang mengendalikan kontrak 1BestariNet telah memfailkan tindakan semakan kehakiman ke atas Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Maszlee sebagai Menteri Pendidikan.

“Semakan kehakiman ini dibuat kerana KPM tidak mempertimbangkan cadangan syarikat itu untuk membekalkan perkhidmatan internet secara percuma ke sekolah-sekolah selepas kontrak 1Bestarinet tamat.

“Sebaliknya KPM melantik beberapa syarikat telekomunikasi lain untuk menyediakan perkhidmatan internet secara berbayar. Mungkinkah ini isu berkaitan 1BestariNet yang menjadi sebab peletakan jawatan Dr Maszlee?,” soal beliau dalam Facebooknya pada Khamis.

Tambahnya, sekiranya Muhyiddin mempunyai kepentingan dalam projek 1Bestarinet, mengapa ketika beliau menjadi Perdana Menteri, kontrak tersebut tidak pula diperbaharui.
“Sebagai Perdana Menteri beliau tentunya mempunyai kuasa yang besar. Jika beliau boleh mendesak Tun Dr Mahathir supaya memecat Maszlee, takkanlah beliau apabila menjadi Perdana Menteri tidak boleh mengarahkan Menteri Pendidikan supaya mengikut kehendaknya?

“Bukankah lebih mudah untuk beliau sebagai Perdana Menteri memberi arahan kepada Menteri yang beliau sendiri lantik untuk memenuhi kepentingan peribadinya?” soalnya lagi.

Maszlee menerusi buku baharunya bertajuk “Memori Bukan Memoir” berkata, beliau dipanggil menemui Dr Mahathir berhubung keputusan tidak melanjutkan kontrak YTL untuk projek 1BestariNet.

Dalam pertemuan itu, kepimpinan tertinggi Kementerian Pendidikan turut bersamanya menjelaskan keputusan tidak menyambung kontrak tersebut yang dimulakan Muhyiddin pada 2011 ketika beliau menjadi Menteri Pendidikan.

Katanya lagi, Dr Mahathir memberitahunya yang Muhyiddin “amat marah” dengannya kerana isu itu.

Berita Penuh :https://www.astroawani.com/berita-politik/apa-dosa-muhyiddin-kepada-maszlee-ketua-penerangan-armada-318809

BACA: Peguam ini dedah 22 bulan sahaja Mujahid jadi Menteri Agama 3 RUU besar berjaya digubal tanpa polemik

Artikel ini disiarkan pada 09/09/2021