Asteroid sebesar bangunan 25,700 km/j akan lintas bumi esok

Asteroid

Asteroid sebesar bangunan 25,700 km/j akan lintas bumi esok.Sebuah asteroid bersaiz dua kali ganda lebih besar daripada menara jam Big Ben di London dijangka memasuki orbit Bumi pada hujung minggu ini, lapor akhbar Daily Star semalam.

Menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA), agensi itu buat masa ini sedang menjejaki pergerakan batuan angkasa lepas dikenali sebagai 2021 PT tersebut yang diramal menghampiri Bumi Ahad ini.

Objek itu mempunyai diameter antara 110 meter (m) hingga 240 m.

Asteroid

Ia dilaporkan bergerak pada kelajuan melebihi 25,700 kilometer (km) sejam, namun akan melintasi Bumi pada jarak selamat, iaitu lebih 4.8 juta km.

Sementara itu, NASA buat masa ini turut menjejaki sebuah lagi asteroid yang digelar 2011 UC292.

Ia mempunyai diameter lebih kecil, iaitu 73 m hingga 160 m, namun bergerak pada kelajuan melebihi 30,743 km sejam.

Bagaimanapun, asteroid tersebut turut akan melintasi Bumi pada jarak selamat iaitu melebihi 3.2 juta km pada hari ini.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/08/24/asteroid-lebih-besar-daripada-big-ben-hampiri-bumi-ahad-ini/

BACA: Jangan percaya media jahat, kenali siapa itu Taliban – Hadi

CATEGORIES