Jangan percaya media jahat, kenali siapa itu Taliban – Hadi

Oleh MHDAILY

Jangan percaya media jahat, kenali siapa itu Taliban .Perkataan TaLiban dalam bahasa Pashto bererti pelajar, dikenali dengan kumpulan pelajar agama. Kumpulan ini ditubuhkan oleh Almarhum Mulla Umar Mujahid (1959-2013) bersama rakan-rakannya di wilayah Kandahar yang terletak di selatan Afghanistan. Beliau dibaiah menjadi Amir (Ketua) T4L1ban pada tahun 1994.

Mereka ialah kumpulan pelajar agama yang mengikuti sistem pengajian Deoband di India yang bermazhab Hanafi. Institusi pengajian yang mengikut sistem lama, sepertimana sistem pondok di Malaysia yang lebih khusus kepada Mazhab Syafi‘i sahaja berdasarkan pegangan penduduk setempat.

Pada awalnya, mereka menyertai perang untuk berjihad menentang tentera Soviet yang menceroboh negara Afghanistan. Kemudiannya perjuangan mereka berubah kepada tindakan menentang isu keruntuhan moral dan jenayah yang merebak di wilayah Kandahar. Khususnya apabila pihak Mujahidin tidak mampu untuk menubuhkan kerajaan selepas pengunduran tentera Soviet.

Baca Artikel Penuh