Anwar kekal, PH diperkukuh dengan hulur tangan kerjasama pelbagai pihak

Oleh MHDAILY

Anwar kekal, PH diperkukuh dengan hulur tangan kerjasama pelbagai pihak. Pakatan Harapan (PH) hari ini menegaskan kerjasama di antara parti komponen gabungan itu akan diperkukuh dengan Anwar Ibrahim kekal selaku pengerusinya.

Kenyataan itu dibuat ketika muncul suara-suara di peringkat akar umbi yang mempersoalkan keberkesanan kepemimpinan PH ekoran kegagalan mendapatkan semula kerajaan yang dirampas melalui Langkah Sheraton tahun lalu.

Dalam kenyataan dikeluarkan Majlis Presiden PH hari ini, gabungan itu berkata segala persiapan menuju PRU ke-15 akan dipergiat termasuk melaksanakan perbincangan pembahagian kerusi, menyiapkan manifesto, barisan kepimpinan dan calon, serta strategi untuk memenangi mandat rakyat sekali lagi.

Baca Artikel Penuh