Kerajaan baharu lebih kurang saja, tak endah SOP juga

Kerajaan baharu lebih kurang saja, tak endah SOP juga. Hanya beberapa hari selepas dilantik menjadi Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob menerima kecaman setelah sebuah gambar yang tersebar menunjukkan beliau melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam mesyuarat bersama pemimpin Umno.

Gambar yang dipercayai diambil di Kedah ketika kunjungannya semalam menunjukkan Ismail mempengerusikan sebuah mesyuarat yang dihadiri beberapa pemimpin Umno tanpa mengamalkan penjarakan fizikal antara mereka yang duduk di meja.

Antara pemimpin yang dilihat hadir adalah Naib Presiden Umno Mahdzir Khalid dan Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman, dan kedua-duanya tidak memakai pelitup muka.

kerajaan

BACA JUGA : Panas !!! Kes gangguan seksual babit Ebit Lew, mangsa sudah diambil keterangan

Pengguna Twitter, @La_FarEast, yang memuat naik gambar berkenaan, bertanya dalam sindiran, sama ada mesyuarat sebegitu kini sudah dibenarkan, dengan menyebut akaun rasmi Kementerian Kesihatan, @KKMPutrajaya dalam ciapannya.

Ahli Parlimen Ipoh Barat M Kula Segaran dalam balasannya kepada ciapan berkenaan, berkata: “New government? Same blatant disregard for SOPs.” (Kerajaan baharu? Sama sahaja, terang-terang tak endahkan SOP.)

Seorang lagi warganet, @benfirmino1 berkata, tidak hairanlah orang ramai melanggar SOP saban hari, “kalau tauladan sebegini yang dipamerkan kepada masyarakat”.

BACA JUGA : Panas !!! 4 calon Bersatu bakal berebut jawatan TPM?

“Kerajaan yang memimpin tidak membina keyakinan, malah makin menjahanamkan,” tambahnya dalam ciapan di Twitter.

Sementara itu, @mafhm1y memerli dengan berkata: “Ini mungkin mesyuarat secara maya. Menggunakan teknologi terkini menampakkan seolah olah mereka duduk dalam satu tempat yang sama.”

FMT telah menghubungi pembantu Ismail dan polis Kedah untuk mendapatkan komen.

BACA JUGA : Calon jemaah menteri ditentukan Muhyiddin – Pemimpin Bersatu

Ismail dalam lawatan kerjanya semalam ke Yan, Kedah, mengunjungi kawasan-kawasan yang dilanda banjir, di mana beliau mengumumkan peruntukan RM78 juta untuk membantu mereka yang ditimpa musibah itu.

Namun, lawatannya menerima kritikan atas saiz rombongannya dan ketidakpatuhan kepada SOP ketika mengunjungi kawasan-kawasan berkenaan.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/24/kerajaan-baharu-sama-saja-tak-endah-sop-kata-kula/