Anjing polis pemalu, 54 ekor kena lelong

Oleh MHDAILY

Sebuah akademi polis di China akan melelong 54 ekor anjing polis terlatih kerana haiwan itu dikatakan terlalu jinak untuk berkhidmat dalam tugas penguatkuasaan undang-undang, lapor laman berita United Press International semalam.

Universiti Polis China yang terletak wilayah Liaoning mengumumkan bahawa anjing jenis German Sherpherd, Dutch Sherperd dan malinois Belgium itu akan dilelong pada 7 Julai ini.

Semua haiwan itu didapati tidak layak untuk meneruskan latihan sebagai anjing polis atas pelbagai sebab termasuk mempunyai personaliti pemalu, kelemahan fizikal, kegagalan untuk mematuhi arahan dan tidak menggigit ketika diarah.

Baca Artikel Penuh