VVIP kantoi poligami secara Nikah Sindiket?

Semalam berlegar-legar di media sosial, seorang vvip (yang saya enggan letak namanya, korang boleh Google sendiri) telah kantoi Nikah Sindiket untuk poligami.

Hati saya bara sangat-sangat. Sudahlah mengaku pemimpin Islam, konon perjuangkan Islam.

Waktu rakyat tengah susah, pemimpin penunggang agama sebegini masih sempat tambah ‘cawangan’.

Tak kisah kalau nak poligami. Itu hak dia. “Hang mampu, kahwin pi la 4 sekalipun”

Tapi, yang panas sangat adalah boleh pulak duduk di Kuala Lumpur, nikah online, Tok kadi di siam (rasanya).

Alih-alih ada Sijil Nikah dari Narathiwat, Thailand.

Inilah yang kita sebut sebagai Nikah Sindiket untuk poligami puan-puan.

Ada 6 ciri-ciri Nikah Sindiket yang saya nak kongsikan kepada semua:

Jurunikah yang mengakadnikahkan pasangan BUKAN dari Malaysia dan TIDAK ADA tauliah sebagai jurunikah yang sah.

Pernikahan dijalankan TANPA KEBENARAN Pendaftar Nikah, Cerai & Rujuk Orang Islam

Poligami tapi tidak dapatkan kebenaran daripada Mahkamah Tinggi Syariah.

Pernikahan dijalankan TANPA persetujuan/pengetahuan Wali Mujbir/Wali Aqrab.

Pernikahan dijalankan tersebut bukan dalam kawasan tempat jurunikah tu berkuasa nak menikahkan pasangan.

Menggunakan wali hakim, sedangkan tidak ada kebenaran Mahkamah untuk wali hakim atau syarat pelantikan wali Hakim tersebut tidak sah mengikut undang-undang dan Hukum Syarak.

Kalau tengok daripada video dan gambar kejadian, sudah terang lagi bersuluh, VVIP Islam ini telah bernikah secara Nikah Sindiket.

Akad nikah pun ‘by-call’ sahaja, walaupun ada dua orang saksi lelaki.

Kemudian, pernikahan ini berlaku pulak di Kuala Lumpur, bagaimana pula boleh dapat Sijil Nikah Narathiwat?

Adakah sah pernikahan ini?

Nak tahu sah atau tidak, kita sebagai orang awam perlu mendesak pihak berkuasa untuk ambil tindakan keras kepada pelaku.

Biarkan mereka membuat pengesahan di Mahkamah Tinggi Syariah. Poligami tanpa kebenaran Mahkamah adalah satu kesalahan. Pernikahan tanpa kebenaran Pendaftar Nikah Cerai Rujuk juga adalah satu kesalahan.

Kalau dahulu pada 2010, Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar telah dijatuhkan hukuman penjara sebulan oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur sebelum rayuan pengenepian penjaranya diterima oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Kesnya adalah disebabkan nikah tanpa kebenaran dan poligami tanpa kebenaran. Hakim jatuhkan penjara disebabkan beliau adalah Ikon Masyarakat dan kesalahannya adalah berat dan perlu dikenakan hukuman setimpal.

Kita desak dan wajib diambil tindakan yang berat, keras dan segera kerana ini adalah virus pembuka.

Kalau tak ditangani, ia akan membuka peluang kepada lelaki yang lain untuk lakukan perkara yang sama.

Sebagai permulaan, boleh anda bantu saya gerakkan kempen #bantahsindiketpoligami ini?

Ini satu bentuk penghinaan kepada undang-undang dan kita tak boleh berdiam diri. Disaat rakyat yang tertekan kerana tak makan, pemimpin Melayu Islam sibuk nak tambah seorang lagi secara salah.

Dasar penunggang agama!

Sumber :

BACA JUGA : Hanya 5 ahli parlimen Umno nekad keluar kerajaan PN?