6 petua nak bagi rumah bersih berkilat di Hari Raya

6 petua nak bagi rumah bersih berkilat di Hari Raya.

Pejam celik, pejam celik, eh dah tak lama la nak raya! Haa selalunya, sebulan sebelum raya, confirm kita dah sibuk dengan macam-macam persiapan.

Nak shopping baju raya lah, bakar biskut raya lah, plan cuti untuk balik kampung lah, tapi, yang paling penting adalah kemas rumah!

Haa..ni Maria Tunku Sabri nak share persiapan dia sebelum raya dan tips serta rahsianya mengemas rumah kat korang! Korang dah ready nak raya?

Tips kemas rumah sampai tip-top!

Selain bergelar selebriti, personaliti TV dan pelakon, Maria Tunku Sabri juga memang pakar dalam bab kemas mengemas rumah ni.

Korang tengok jelah tips dan petua yang beliau kongsikan ni. Semuanya mudah dan korang wajib cuba kalau korang nak rumah korang sentiasa kemas, bersih dan berkilat sempena Hari Raya ini.

1. Langsir lama tapi nampak macam baru!

6 petua nak bagi rumah bersih berkilat di Hari Raya

Kalau mak-mak tu, benda yang paling wajib untuk diganti bila nak raya mestilah langsir dan sarung kusyen. Barulah rumah nampak berwajah baru! Tapi sebenarnya, untuk nampak rumah kemas dan meletop, tak semestinya kena tukar yang baru. Guna yang lama pun boleh, asalkan bersih dan wangi.

“Langsir dan sarung kusyen ni dah pudar, kusam dan ada kotoran degil lah. Mana boleh guna”.

Eh..siapa kata tak boleh hilang? Haa..salah satu tips yang dikongsikan oleh Maria Tunku Sabri bila mencuci kotoran degil adalah, campurkan sedikit cecair pencuci Dynamo ke dalam basuhan dan hanya dengan satu cucian, semua kotoran degil akan hilang. Cubalah!

2. Tak sempat cuci cadar? No problem…

6 petua nak bagi rumah bersih berkilat di Hari Raya

Untuk korang yang rumah selalu jadi tumpuan saudara mara ziarah dan bermalam bila raya tu, mesti runsing sebab banyak nak kena kemas kan? Yelah, nak basuh cadar, sarung bantal, selimut, dan macam-macam lagi lah!

Huaa..penatnya dan tak sempat nak buat semua tu! Chill..jangan susah hati, Febreze kan ada! Korang spray je Febreze kat cadar, sarung bantal, selimut, tilam dan juga langsir. Bukan je berbau harum, tapi boleh hilangkan sehingga 90% bakteria tau!

3. Rumah berbau harum sampai tetamu taknak balik!

6 petua nak bagi rumah bersih berkilat di Hari Raya

Hari Raya ni memang sinonim dengan tradisi ziarah menziarahi. Masa nilah nak bermaaf-maafan serta bertanya khabar dengan keluarga, kawan-kawan dan jiran tetangga.

Tetamu dah ramai, rumah dah kemas, tapi ada bau yang tak best lah pulak. Apa kata korang gunakan penyegar udara dari Ambi Pur untuk kesegaran yang berpanjangan dan haruman menyenangkan di rumah. Gerenti tetamu korang rasa selesa je dan macam taknak balik! Hehe..

4. Berkilat-kilat pinggan mangkuk!

6 petua nak bagi rumah bersih berkilat di Hari Raya

Siapa sini bila raya tugas dia duduk kat dapur dan basuh pinggan, angkat tangan? Hmm..kita senasiblah! Admin paling stress bila basuh pinggan yang berminyak dan susah nak tanggalkan kotoran degil tu. Tonyoh banyak kali pun tak hilang!

Haa..nak tahu tips mudah untuk hilangkan segala kotoran degil tu? Gunalah Joy! Pencuci pinggan mangkuk Joy, berkesan dalam menanggalkan segala kotoran degil dan minyak pada perkakasan dapur. Lepas ni memang licin berkilatlah pinggan mangkuk korang!

5. Bukan rumah je kena kemas, kita pun kena wangi!

6 petua nak bagi rumah bersih berkilat di Hari Raya

Selain rumah yang kemas, tuan rumah pun kenalah wangi dan bergaya! Bila dah beraya satu hari suntuk, confirm berpeluh-peluh dan bau perfume pun hilang dah. Tapi, kami ada rahsia untuk baju korang kekal wangi dan berbau harum tau!

Caranya, dalam setiap basuhan, gunakan pelembut pakaian Downy Perfume untuk keharuman yang berpanjangan.

6. Rambut lembut, bersinar. Guna jari pun boleh…

6 petua nak bagi rumah bersih berkilat di Hari Raya

Baju raya dah tip top, make-up dah on point, rambut pun kenalah cantik. Barulah rasa konfiden je bila nak beraya kat rumah crush tu. Hehe!

Rambut cantik je tak cukup tau, kenalah wangi, lembut dan bersinar! Macam mana nak rambut macam tu? Haa..kenalah guna produk rangkaian penjagaan rambut dari P&G seperti Pantene, Rejoice dan Head & Shoulder. Mesti koranglah yang paling vogue, raya nanti!

Bestnya bila rumah dah kemas, korang pun wangi dan cantik. Barulah feel dan seronok nak sambut tetamu datang beraya. Tapi, korang boleh gandakan keseronokan korang di hari raya nanti dengan Berganda Raya Bonanza!

BACA:

Kerajaan warta peraturan baharu peranti vape, ini denda jika gagal patuh

Gadis tersadai tepi jalan sebab tak pandai ‘start’ motor, sekali ini yang jadi..

KWSP sahkan pengeluaran khas akan dibuat dalam satu bayaran