1TB data berjarak 1 KM berjaya ditransfer secara wireless dalam tempoh 1 saat

Oleh MHDAILY

1TB data berjarak 1 KM berjaya ditransfer secara wireless dalam tempoh 1 saat. Sekumpulan saintis dari Fakulti Kejuruteraan Aeroangkasa di Universiti Tsinghua, Beijing telah berjaya melakukan pemindahan menggunakan gelombang radio vorteks. Penggunaan kaedah baharu ini didakwa mampu mengubah teknologi komunikasi secara nirwayar.

Akhbar South China Morning Post melaporkan, satu talian nirwayar eksperimental di salah sebuah kompleks Sukan Olimpik Musim Sejuk di Beijing berkeupayaan memancarkan lebih 10,000 video penstriman dengan resolusi berdefinisi tinggi (HD)

Ini bersamaan lebih kurang 1TB data per saat dengan jarak dipancarkan sejauh 1 KM. Data yang dipancarkan adalah di dalam julat milimeter. Namun bukan menggunakan gelombang radio “dua-dimensi” seperti kebiasaan, tetapi menggunakan gelombang radio vorteks “tiga-dimensi.

Baca Artikel Penuh