Masuk program realiti? Ini jawapan padu Azman Naim

Masuk program realiti? Ini jawapan padu Azman Naim. Sudah berulang kali ditolak, namun Azman Naim tidak henti-henti dipelawa menyertai rancangan realiti televisyen.

Penyanyi lagu parodi yang kini giat aktif dalam industri lakonan bagaimanapun menjelaskan dia bukan seorang yang cerewet.

“Sebenarnya ada tiga pihak ajak saya masuk program nyanyian realiti sejak viral zaman PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) fasa 1 dahulu.

“Tapi saya tolak atas beberapa sebab tertentu. Berulang saya tolak tapi tetap dipanggil. Ada yang sampai hari ini hubungi saya,” tulisnya.

Azman, 44, mengakui dirinya tidak terlalu berbakat dalam bidang nyanyian dan bukan semua genre boleh dibawanya.

“Ada yang kata ‘Abang join la, nanti boleh viral’.

“Saya dah viral, buat apa nak viral lagi guna cara awak?

“Dan adakah sesuatu yang viral itu memang bagus” tempelaknya.

Sebenarnya ada 3 pihak yang ajak saya masuk program nyanyian realiti TV sejak saya viral zaman PKP 1 dulu.

Tapi saya tolak atas beberapa sebab tertentu. Berulang saya tolak tapi tetap dipanggil. Ada yang sampai hari ni contact saya.

Salah satunya adalah saya bukan terer sangat menyanyi. Dan saya bukan boleh nyanyi semua jenis genre. Takkan saya nak nyanyi lagu dangdut siap gelek?

Nak buat tu sekadar nak rating & populariti ? Kamon la. Saya bukan Penghibur. Menghibur dan Berhibur kena ada limit.

Ada yang kata, “Abg join la, nanti boleh viral”

So saya tanya dia, “kalau lagu2 rosak saya tak viral? Awak tak hubungi saya kan? Which means, Saya dah Viral. So buat apa nak viral lagi guna method awak?”

” ..dan adakah sesuatu yang Viral itu memang bagus?” Saya tanya lagi. Dia jem

Saya faham game koprat yang nak rating dengan cari individu viral untuk program mereka. Itu taktik dan pada saya secara individu, ianya tak salah. Media Massa ni agak struggle untuk dapatkan penonton sejak wujudnya Media Sosial dan Top Content Creators Media Sosial.

Saya pulak, kalau tak kena dengan diri, saya taknak pegi.

Not being choosey, tapi kita kena tahu letak harga diri kita kat mana.

Money & Fame can’t buy Class.

Zaman skrang zaman gila.

Orang Politik rosakkan Politik itu sendiri

Orang dalam Industri Seni rosakkan Industri Seni Itu Sendiri.

Saya Memang Perosak. Kalau saya join, everything akan hancur & reset terus.

🤣
Stop Killing Our Creative & Arts Industry.
Sekian
Kesian
Perosak Lagu
Mohd Nur Azman Naim

Masuk program realiti Ini jawapan padu Azman Naim

BACA JUGA :

Isteri dedah perangai ‘jijik’ suaminya yang sebenar selepas kahwin

Tular lori bawa kereta 8 peronda polis secara bahaya, akhirnya PDRM bertindak

Dikecam kerana offer Iqbal berlakon, ini jawapan padu Erma Fatima

TONTON JUGA :

CATEGORIES