10 individu paling kaya dunia jadi makin kaya kerana pandemik Covid-19

Oleh MHDAILY

10 individu paling kaya dunia jadi makin kaya kerana pandemik Covid-19.Sepuluh lelaki terkaya di dunia menggandakan kekayaan mereka selama dua tahun pertama pandemik COVID-19 ketika kemiskinan dan ketidaksamaan meningkat.

Menerusi taklimat yang diterbitkan sebelum sidang kemuncak mini pemimpin dunia secara maya sempena Forum Ekonomi Dunia, Oxfam berkata, kekayaan individu berkenaan melonjak daripada AS$700 bilion (RM2.92 trilion) kepada AS$1.5 trilion (RM6.27 trilion) pada kadar purata AS$1.3 bilion (RM5.43 trilion) sehari.

Oxfam, konfederasi badan amal yang memberi tumpuan bagi mengurangkan kemiskinan global berkata kekayaan bilionair meningkat lebih banyak ketika pandemik berbanding 14 tahun sebelumnya, ketika ekonomi dunia mengalami kemelesetan terburuk sejak Wall Street Crash pada 1929.

Baca Artikel Penuh