Rasa nak luruh jantung wanita ini bila tengok bil makan di restoran RM9,348.30

Rasa nak luruh jantung wanita ini bila tengok bil makan di restoran RM9,348.30.“Dalam iklan tulis lain, bila dah makan tengok bil caj lain”

Tular satu video di sosial media seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila dia dikenakan caj yang tak masuk akal ketika makan di sebuah restoran.

Menurut wanita tersebut, dia pergi makan ke restoran itu kerana berdasarkan harga hidangan bagi seekor lobster adalah RM 299 bukan per gram dalam satu iklan.

Namun selepas selesai makan,beliau terkejut apabila dikenakan caj sebanyak RM 9,348.30. Setelah diteliti bil tersebut, ternyata harga bagi lobster dan king crab adalah berdasarkan gram bukan seekor RM 299 seperti yang diiklankan.

Lebih parah lagi, restoran tersebut juga mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 10% iaitu RM 800.

BACA JUGA : Tular dakwaan ada batu dalam pedal ayam, ini jawapan pakar
Pakar arkeologi terkejut melihat lambakan tulang belulang dalam gua di Madinah

CATEGORIES