Seorang wanita di Bandar Kansas, Missouri, telah didakwa membunuh bayinya yang berusia sebulan dengan meletakkannya di dalam ketuhar,
seperti yang dinyatakan dalam dokumen mahkamah yang difailkan di daerah Jackson.
Laman berita NBC News melaporkan bahawa suspek telah ditangkap dan dituduh melakukan jenayah yang membahayakan kanak-kanak.

Pada Jumaat yang lalu, anggota Jabatan Polis Bandar Kansas dipanggil ke rumah suspek selepas menerima laporan mengenai bayi yang tidak bernafas.
“Anggota polis mendapati terdapat kesan luka bakar pada badan mangsa,” kata seorang detektif dalam kenyataannya mengenai kemungkinan punca kematian mangsa.
“Pihak bomba di Bandar Kansas bertindak balas sebelum mengisytiharkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” tambahnya.
Menurut dokumen berkaitan kejadian itu, ibu tersebut disyaki cuba menidurkan bayinya, namun secara tidak sengaja meletakkannya di dalam ketuhar bukannya di katil bayi.
Jika sabit kesalahan, suspek menghadapi hukuman penjara selama 10 tahun.
BACA: Angkatan Tentera Malaysia ‘buru’ hacker Malaysia? Puncanya bakal buat negara jiran ‘goyang’