Walau serba kekurangan, lelaki ini menerima pasangan seadanya

Oleh MHDAILY

Walau serba kekurangan, lelaki ini menerima pasangan seadanya.Sebak apabila seorang wanita orang kelainan upaya (OKU) didukung ahli keluarga dalam majlis perkahwinan beliau.

Menerusi perkongsian video di media sosial oleh pengguna @deklaa96_, video berdurasi 54 saat itu menunjukkan wanita itu didukung lelaki dipercayai ahli keluarga beliau sebelum diserahkan kepada suaminya dalam perarakan sambut menantu.

@deklaa96_ yang juga merupakan adik kepada pengantin lelaki di dalam video terbabit berkongsi bahawa kakak iparnya itu seorang OKU sejak kecil dan bertemu jodoh dengan abangnya.

Baca Artikel Penuh