Vaksin AstraZeneca : Penerima beri reaksi positif, yakin keberkesanan

Oleh MHDAILY

Individu yang menerima suntikan AstraZeneca secara sukarela bermula semalam yakin terhadap keberkesanan vaksin Covid-19 tersebut walaupun dihambat kontroversi.

Tinjauan Utusan Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) mendapati, rata-rata penerima vaksin memberi maklum balas positif selepas mendapatkan suntikan tersebut yang dijalankan di Dewan Tun Hussien Onn dan Dewan Tun Dr. Ismail.

Malah, diyakini pemberian vaksin AstraZeneca mampu menjadi pemangkin kejayaan kerajaan dalam mengekang jangkitan Covid-19 dengan sasaran 80 peratus imuniti berkelompok di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Baca Artikel Penuh