UPM sasar pencarian kucing yang dimiliki pesakit Covid-19

Oleh MHDAILY

Universiti Putra Malaysia (UPM) berhasrat mengumpulkan sampel dari 220 kucing yang dipelihara oleh individu pernah dijangkiti Covid-19, untuk mengkaji kadar jangkitan Covid-19 dalam haiwan tersebut.

Kajian yang diketuai oleh Dr Farina Mustafa Kamal, pensyarah Fakulti Perubatan Veterinar, UPM bertujuan mengenal pasti status Covid-19 dalam kucing dan faktor risiko yang berkaitan dengan penyebaran Covid-19 antara manusia kepada kucing.

Fakulti Perubatan Veterinar UPM berkata pihaknya akan menerima kucing peliharaan individu yang berusia lebih enam bulan tanpa mengira jantina.

Baca Artikel Penuh