Umno hantar nama Ku Li sebagai calon PM?, ini penjelasan Zahid

Oleh MHDAILY

Umno hantar nama Ku Li sebagai calon PM. Selain mengemukakan nama 14 Ahli Parlimen yang menarik balik sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut mencadangkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk melantik orang UMNO sebagai Perdana Menteri.
Sekiranya Muhyiddin berjaya digulingkan, Ahmad Zahid dilaporkan akan mencadang dirinya sebagai PM.

Walau bagaimanapun, Ahmad Zahid dikatakan tidak mendapat sokongan sebulat suara kerana sesetengah pemimpin menyokong Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai PM interim.

Sinchew Daily melaporkan, disebabkan reputasi beliau yang tinggi selain tiada kes mahkamah dan apa-apa kontroversi, maka Tengku Razaleigh merupakan calon sesuai.
Sumber menegaskan, UMNO akan menyokong orang parti sebagai PM selepas menarik balik sokongan kepada Muhyiddin, tetapi tidak akan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai PM.

Baca Artikel Penuh