Ulama Indonesia dipenjara 4 tahun kerana sorok keputusan Covid-19

Oleh MHDAILY

Gara-gara menyembunyikan keputusan ujian Covid-19, seorang ulama berpengaruh di Indonesia berdepan padah selepas dia dijatuhi hukuman tambahan penjara empat tahun pada Khamis.

Panel terdiri daripada hakim di Mahkamah Daerah Jakarta Timur yang dikawal ketat pihak berkuasa membuat keputusan itu selepas Rizieq Shihab yang ditahan sejak 13 Disember lalu didapati berbohong tentang maklumat itu hingga menyebabkan usaha mengesan kontak rapat beliau menjadi bertambah sukar.

Rizieq didakwa membuat kenyataan palsu tentang kesihatannya yang turut disiarkan beberapa rangkaian berita dan menjadi tular di media sosial sekali gus mencetuskan risiko kepada komuniti setelah beliau dengan selamba menghadiri beberapa majlis disertai ribuan individu.

Baca Artikel Penuh