Ucapan MP Australia dalam bahasa melayu raih perhatian

Oleh MHDAILY

Ucapan MP Australia dalam bahasa melayu raih perhatian. Ahli Parlimen Australia kelahiran Muar, Sam Lim memberikan ucapan ringkas, namun ia menyentuh hati kerana disampaikan dalam bahasa Melayu menerusi ucapan sulungnya di Parlimen Australia sejak pemilihannya pada Mei.

Lim yang merupakan bekas polis, memberitahu Dewan Perwakilan Australia bahawa beliau ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia dalam dua bahasa pertama yang dipelajarinya – Bahasa Melayu dan Mandarin.

“Kepada semua saudara-saudara yang berada di Malaysia, Australia dan di seluruh pelusuk dunia, terima kasih atas semua perhatian dan berkat yang telah anda sekalian berikan kepada saya.

Baca Artikel Penuh