Tun M sahkan Muhyiddin minta bantuannya untuk jadi PM semula

Tun M sahkan Muhyiddin minta bantuannya untuk jadi PM semula. Pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad berkata, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin menemuinya baru-baru ini untuk meminta bantuan mendapatkan semula jawatan Perdana Menteri.

“Muhyiddin jumpa saya, beliau mahu saya sokong percubaannya untuk jadi PM sekali lagi,” kata Mahathir pada sidang media di sini hari ini.

Apabila ditanya sama ada beliau akan menyokong Muhyiddin, Mahathir berkata, Pejuang “tidak akan menyokong individu yang gagal sebagai PM sama seperti Najib (Razak)”.

Ini susulan laporan media semalam bahawa kedua-dua bekas Perdana Menteri itu bertemu baru-baru ini untuk membincangkan kerjasama antara Bersatu dan Pejuang menjelang pilihan raya umum akan datang (PRU15).

Ini berlaku selepas pelbagai media melaporkan semalam bahawa kedua-dua bekas perdana menteri itu bertemu baru-baru ini untuk membincangkan kerjasama antara Bersatu dan Pejuang menjelang pilihan raya umum (PRU15) akan datang.

“Semasa (Muhyiddin) menjadi perdana menteri, kebanyakan orang tidak berpuas hati dengan kepimpinannya,” kata Mahathir.

Tun M sahkan Muhyiddin minta bantuannya untuk jadi PM semula

“Beliau bukan perdana menteri yang baik. Jika beliau telah mencapai perkara yang hebat untuk Malaysia, beliau akan dapat menjadi perdana menteri sekali lagi tanpa sokongan kami.”

Ahli parlimen Langkawi itu berkata, beliau turut berasa hairan dengan Muhyiddin yang mendekatinya untuk mendapatkan sokongan Pejuang kerana beliau tahu Pejuang menunjukkan prestasi yang teruk dalam pilihan raya Johor baru-baru ini.

“Kami tidak kuat, dan kami tahu kami tidak mempunyai banyak wang, tetapi dia meminta kami menyokongnya,” katanya.

Beliau mengulangi bahawa Pejuang hanya akan bekerjasama dengan pihak yang komited dalam memerangi rasuah.

“Parti-parti ini mesti membuat pengisytiharan yang jelas bahawa mereka tidak bersetuju dengan rasuah dan mereka tidak bertanding dalam pilihan raya dengan memberi wang kepada orang ramai,” katanya.

Diminta mengulas mengenai persaraan veteran DAP Lim Kit Siang daripada politik, Mahathir menegaskan beliau (Mahathir) mungkin tidak akan bertanding pada PRU15 tetapi tidak akan meninggalkan Pejuang begitu sahaja.

TONTON :

BACA:

KWSP sahkan pengeluaran khas akan dibuat dalam satu bayaran

Yasin bakal dihukum mati, ini keadaan terkini keluarganya

JPJ boleh saman jika tukar cat kereta tanpa kebenaran, ini cara mohon