Tun M dimasukkan ke Institut Jantung Negara

Tun M dimasukkan ke Institut Jantung Negara.

Dr Mahathir Mohamad telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk pemeriksaan kesihatan penuh dan pemerhatian lanjut.

IJN dalam satu kenyataan berkata, bekas perdana menteri itu dimasukkan pada pukul 7 malam.

Ia berkata beliau dijangka kekal di IJN untuk beberapa hari akan datang.

Mahathir kali terakhir dimasukkan ke IJN pada Ogos 2016 untuk rawatan jangkitan dada.

Sebelum itu, dia dimasukkan pada November 2013, juga kerana jangkitan dada, dan dibenarkan keluar beberapa hari kemudian.

 

Tun M