Tular video gadis seksi buat aksi ghairah semasa sambutan patriotik

Oleh MHDAILY

Tular video gadis seksi buat aksi ghairah semasa sambutan patriotik. Sebuah video tular di media sosial Indonesia menerima kecaman ramai kerana memaparkan aksi seorang wanita seksi sedang bergelek di atas sebuah meja ketika acara sambutan Hari Pembentukan Wilayah Riau ke-65, lapor laman berita Detik hari ini.

Dalam video tersebut, wanita berkenaan berjoget sambil menyanyi dalam acara Kejohanan Golf Gabenor Riau Cup XXX yang merupakan sebahagian daripada majlis sambutan pembentukan wilayah tersebut.

Ketika menyanyi di atas meja, wanita berkenaan diperhatikan oleh sebilangan penonton lelaki sehingga ada yang cuba merakam gambar penyanyi itu dari bahagian bawah skirtnya.

Baca Artikel Penuh