Trend niaga cedok rupanya haram? Pu Amin jelas hal sebenar

Trend niaga cedok rupanya haram? Pu Amin jelas hal sebenar

Trend niaga cedok rupanya haram? Pu Amin jelas hal sebenar. Hari ini penggunaan aplikasi TikTok bukan sahaja untuk berhibur, namun menjadi salah satu platform untuk penggunanya berniaga. Apatah lagi kini sudah ada TikTok Shop yang memudahkan lagi urusan jual beli menerusi aplikasi tersebut.

Bagaimanapun satu trend di TikTok hari yang mana penjual membuat siaran langsung dan menjual menggunakan cara satu cedok dengan harga tertentu. Susulan itu, Pencetus Amin jelaskan hukuman jualan secara teknik sebegini. Berikut adalah penerangan PU Amin mengenai hukuman jualan ceduk tersebut:

@ustazamirulaminInshallah masih awal untuk stop. Kita tegur tanda sayang. Moga Allah berkati rezeki kita. Maafkan saya kerana menasihati.

♬ Emotional Islamic Music – Arslan Chaudhry

Untuk info trend niaga cedok ini semakin hari makin ramai yang melakukannya. Dari jualan jajan, kosmetik dan pelbagai lagi produk diniagakan. Malah ia juga turut menarik perhatian pelanggan untuk membelinya.

Perkongsian video PU Amin mengenai hukum trend niaga cedok di TikTok ini sangat jelas. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian rakaman ini di ruangan komen seperti berikut:

“Akhirnya ada pun video pasal benda ni nak cakap dengan orang kita bukan pakar hehe”

Trend niaga cedok rupanya haram? Pu Amin jelas hal sebenar

“Ibarat main tangkap cekelat kat arcade. Kadang bayar token seringgit belum tentu dapat sama banyak dengan harga token. Jadi ada unsur kerugian”

“Ya, saya ada tegur cakap ada unsur gharar sebab tak pasti apa yang dapat. Pastu orang dalam live semua kecam saya”

“Cadangan saya kalau nak teruskan mungkin boleh guna penimbang untuk kepastian sebenar yang cust dapat”

“Tahniah ustaz. Keep tegur peniaga. Kadang2 diorang terbuat sebab tak tahu”

BACA:

Orang ramai terkejut tahu latar belakang pemuda Kelantan hina islam

‘Iklan syarikat dan jawatan yang sama, tapi tengoklah beza tawaran gaji Malaysia dan Singapura’

Hanya 3 minit cara buat susu pekat manis sendiri, mudah sangat!

CATEGORIES