Tolak parti lain, Ampang kubu kuat PKR – MB Selangor

Oleh MHDAILY

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yakin Parlimen Ampang masih kubu kuat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau yang juga Menteri Besar Selangor berkata, sebahagian besar ahli jawatankuasa PKR di kawasan itu masih kekal memimpin parti dan hanya beberapa individu mengikut jejak langkah bekas Naib Presiden PKR, Datuk Zuraida Kamaruddin yang meninggalkan parti tersebut.

Justeru, beliau meminta ahli PKR untuk terus ke hadapan dan fokus membina semula parti menerusi gerak kerja bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Baca Artikel Penuh