Teruja jumpa harimau depan mata, 4 anak muda ini selamba ajak ‘selfie’ sekali lain pula jadi bila harimau join

Teruja jumpa harimau depan mata, 4 anak muda ini selamba ajak ‘selfie’ sekali lain pula jadi bila harimau join.

SIFAT seseorang yang takut akan haiwan buas merupakan lumrah sebagai manusia biasa.

Meskipun manusia mampu melawan haiwan berbahaya itu menerusi kaedah tertentu,

Teruja jumpa harimau depan mata, 4 anak muda ini selamba ajak 'selfie' sekali lain pula jadi bila harimau join

ia mungkin menjadi pilihan kedua, selepas melarikan diri untuk menyelamatkan nyawa merupakan pilihan lebih baik.

Namun, tindakan beberapa pengunjung di Rizab Harimau Panna di Madhya Pradesh, India dianggap pelik, selepas dilihat mengekori seekor harimau yang sedang melintas di hutan dekat kawasan tersebut.

Seolah-olah tidak khuatir akan keselamatan diri, perbuatan yang dilakukan oleh sekumpulan lelaki itu adalah semata-semata bagi mengambil gambar haiwan berkenaan.

Menerusi video tular berdurasi 47 saat itu, salah seorang daripada mereka juga dilihat cuba berswafoto (selfie) bersama haiwan buas itu tanpa memikirkan akibatnya.

Harimau tersebut berada dalam jarak yang dekat dengan mereka, manakala pertemuan itu semestinya boleh membawa kepada risiko kematian.

Video berkenaan dikongsi oleh Pegawai Perkhidmatan Hutan India, Susanta Nanda.

“Ingat, jika anda melihat karnivor besar, ia mahu anda melihatnya.

“Ia tidak pernah mahu dikejar. Harimau itu boleh menyerang anda sehingga mati jika terasa diancam. Tolong jangan tiru kelakuan aneh ini,” katanya menerusi hantaran di laman Twitter.

BACA:

Boleh-boleh nak sumbat 1 kereta, sekali lain pula jadi bila kena halau dengan driver Grab

Laa rupanya ini punca sebenar Sanusi dakwa Penang milik Kedah yang ramai nak tahu