Terputus bekalan, Masrol nekad kibar bendera putih

Oleh MHDAILY

Buntu selepas terputus bekalan makanan mendorong Masrol Nizam. Md. Daud,37, mengibar bendera putih di rumahnya di Kampung Kolam di sini dengan harapan nasib dia dan isterinya yang lumpuh itu mendapat perhatian mana-mana pihak.

Masrol Nizam yang terpaksa berhenti kerja sebagai buruh berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selain perlu menjaga isterinya, Jismah Abu Bakar, 68, yang diserang strok sejak 11 bulan lalu, ada menerima bantuan sebelum ini, namun, bekalan itu habis sejak beberapa hari lalu.

Bagaimanapun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Tinggi, Teh Chai Ann yang mendapat maklumat mengenai situasi tersebut segera bergegas ke kediaman pasangan tersebut bagi menghulurkan bantuan dan keperluan makanan.

Baca Artikel Penuh