Terkini !!! SOP Fasa 1 dan 2 dilonggarkan sedikit

Kerajaan membuat sedikit perubahan SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi negeri Fasa 1 dan 2 selepas melihat perkembangan positif kadar vaksinasi negara.

Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, berkata kelonggaran bagi kawasan PPN Fasa 1 antaranya kehadiran di pejabat bagi sektor awam ditingkatkan kepada 40% tertakluk kepada arahan Ketua Setiausaha Negara (KSN).

Manakala, perkhidmatan perakaunan juga dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 60%.

“Operasi pasar harian dan pasar awam dilanjutkan dari 6 pagi hingga 4 petang tertakluk kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan pematuhan SOP dan pengawasan anggota RELA atau PBT.

“Manakala, waktu operasi bagi Pasar Segar Terkawal (PST) akan dilanjutkan dari 7 pagi hingga 2 petang. Aktiviti berbasikal dan permainan individu yang boleh mengamalkan penjarakan fizikal 2-3 meter dibenarkan di kawasan kejiranan sahaja,” katanya dalam kenyataan.

Ismail yang juga Menteri Pertahanan turut memaklumkan aktiviti pelabuhan, lapangan terbang dan sektor logistik turut dibenarkan beroperasi 24 Jam.

“Pengoperasian lombong dan kuari dibenarkan dengan kapasiti pekerja sehingga 60% tertakluk kepada SOP perlombongan dan pengkuarian. Ini bagi memenuhi keperluan kepada projek kritikal yang melibatkan pembaikan dan pembinaan jalan raya, jalan luar bandar serta persekutuan,” katanya.

Bagi negeri yang beralih ke Fasa 2 pula kelonggaran diberikan untuk aktiviti penggambaran filem di luar studio dilakukan dengan pematuhan SOP ketat.

Manakala waktu operasi premis perniagaan di negeri Fasa 2 dibenarkan dari 6 pagi hingga 10 malam termasuk stesen minyak.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/19/sop-fasa-1-2-dilonggar/

BACA JUGA : Kelonggaran untuk penerima 2 dos vaksin, bagaimana bekas pesakit covid-19?