Ketua-ketua parti dalam Perikatan Nasional (PN) akan melangsungkan perjumpaan khas hari ini.
Bernama melalui media sosial berkata kenderaan membawa Setiausaha Agung PN Hamzah Zainuddin memasuki bangunan Perdana Putra di Putrajaya pada 3.47 petang bagi menghadiri perjumpaan itu.
Agensi berita nasional berkata perjumpaan itu akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Kenderaan membawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan memasuki Perdana Putra di Putrajaya pada 3.40 petang bagi menghadiri perjumpaan khas ketua-ketua parti dalam PN yang akan dipengerusikan PM Muhyiddin. pic.twitter.com/7bFgrUBMeb
— BERNAMA (@bernamadotcom) August 11, 2021
Setakat ini, agenda perjumpaan itu masih belum jelas.
Bagaimanapun, ia dijangka mempunyai kaitan dengan sidang Dewan Rakyat bagi menguji sama ada Muhyiddin mempunyai sokongan majoriti.
Sumber memberitahu Malaysiakini, Yang di-Pertuan Agong menitahkan supaya Muhyiddin mengadakan sidang Dewan Rakyat lebih awal daripada 6 September yang ditetapkan.
Ketika laporan ini ditulis, Pejabat Perdana Menteri (PMO) belum memberi respons kepada permintaan Malaysiakini untuk mengulas perkara itu.
Malaysiakini juga telah menghubungi pejabat Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ahmad Fadil Shamsuddin dan masih menunggu maklum balasnya.
Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/586739