Pejabat PM sahkan Muhyiddin tidak menghadap Agong hari ini

Pejabat PM sahkan Muhyiddin tidak menghadap Agong hari ini

Pejabat PM sahkan Muhyiddin tidak menghadap Agong hari ini.

Pejabat Perdana Menteri mengesahkan laporan berita berhubung Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah petang ini adalah tidak benar.

Kenyataan itu sekali gus menafikan laporan sebuah portal pada sebelah pagi yang mendakwa Muhyiddin akan menghadap Agong dipercayai bagi memohon perkenan melakukan rombakan Kabinet dalam masa terdekat.

“Tidak benar (PM menghadap Agong),” katanya, hari ini.

pejabat pm

Awal pagi tadi, Ahmad Zahid mengumumkan parti itu menarik sokongan daripada Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Susulan itu, beliau mendesak Muhyiddin berundur daripada jawatan Perdana Menteri secara terhormat setelah kepemimpinan Presiden Bersatu itu gagal menguruskan negara yang dilanda pandemik Covid-19 serta menjaga kebajikan rakyat.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/terkini/2021/07/tidak-benar-pm-menghadap-agong-pmo/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tidak-benar-pm-menghadap-agong-pmo

BACA JUGA : Ismail Sabri, Takiyuddin antara dilapor jumpa PM