Terkini !!! Menteri kabinet dilihat memasuki kediaman PM

Menteri kabinet dilihat memasuki kediaman PM.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan beberapa menteri Kabinet berkumpul di kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin di Bukit Damansara pagi tadi.

Turut kelihatan memasuki kediaman Muhyiddin adalah kenderaan membawa Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Kehadiran menteri Kabinet yang lain tidak dapat disahkan memandangkan masing-masing menaiki kenderaan persendirian.

Selain itu, kenderaan membawa Peguam Negara (AG), Tan Sri Idrus Harun juga memasuki kediaman Perdana Menteri yang terletak di Jalan Setia Bakti 7 itu.

Beberapa petugas media sudah mula berkumpul di pekarangan jalan masuk menuju rumah Muhyiddin, namun dinasihatkan pejabat Perdana Menteri untuk elak berkumpul beramai-ramai bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Difahamkan juga, beberapa menteri Kabinet belum memasuki pejabat masing-masing dan menanti sebarang perkembangan terkini.

Pertemuan di kediaman Muhyiddin pagi ini dipercayai berkait kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tengah malam tadi yang memaklumkan menarik sokongan kepada Muhyiddin serta merta.

Ahmad Zahid juga menggesa Muhyiddin supaya meletak jawatan secara terhormat.

Berita penuh :https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/07/837014/ismail-sabri-ag-bertemu-pm-di-kediamannya

jika Anda Terlepas: Panas !!! Muhyiddin hanya ada dua pilihan

COMMENTS

Wordpress (0)