Terkini !!! Kenderaan Peguam Negara dilapor masuk ke kediaman PM

Terkini !!! Kenderaan Peguam Negara dilapor masuk ke kediaman PM

Kenderaan Peguam Negara dilapor masuk ke kediaman PM. Kelibat kenderaan membawa menteri dan Peguam Negara memasuki kawasan rumah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada pukul 9.40 pagi.

 

 

Kelibat kenderaan membawa menteri dan Peguam Negara memasuki kawasan rumah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin

Kenderaan

Ini susulan dari tindakan Umno yang mengumumkan tarik diri dari menyokong beliau.

Kediaman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mula menjadi tumpuan awal pagi ini selepas UMNO membuat keputusan untuk menarik balik sokongan serta-merta malam tadi.

Kelibat beberapa kenderaan kerajaan dipercayai membawa menteri, peguam negara dan kenamaan kelihatan memasuki kawasan rumah beliau pada 9.40 pagi tadi.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan pemimpin mana yang hadir dalam pertemuan bersama Muhyiddin hari ini.

Semalam, sidang mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO memutuskan untuk menarik balik sokongannya serta-merta terhadap Muhyiddin.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sokongan yang diberikan oleh UMNO sejak bulan Mac tahun lalu itu ditarik balik selepas mendapat undian dua pertiga ahli MT.

Menurutnya, selain kegagalan kerajaan menangani masalah Covid-19, ekonomi dan bebanan rakyat, UMNO juga tidak boleh berkompromi dengan melihat kerajaan memperkotak-katikkan institusi beraja hingga Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah terpaksa berulang-kali mengeluarkan kenyataan media dan titah mengadap supaya Parlimen dibenarkan bersidang dan membahaskan Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara.

Tambahnya, berpandukan tujuh ketetapan MT UMNO semasa menyokong Muhyiddin pada tahun lepas, kerajaan Perikatan Nasional (PN) didakwanya gagal memenuhi segala garis panduan yang telah dikemukakan MT pada 11 Mac 2020.

Berita Penuh :https://malaysiagazette.com/2021/07/08/kenderaan-bawa-peguam-negara-dan-menteri-ke-rumah-pm/

Jika Anda terlepas: Ku Li sedia terima jadi PM Interim, kalau ditawarkan