Tengah makan mee segera atas motor sekali bos call, aksi pemuda ini cuit hati netizen

Tengah makan mee segera atas motor sekali bos call, aksi pemuda ini cuit hati netizen.Mee segera sentiasa menjadi pilihan orang-orang bujang apabila terasa lapar. Mana tidaknya, penyediaan yang mudah serta boleh dinikmati dengan kadar segera.

Tapi biasanya, orang makan mee segera apabila di rumah ataupun di kedai-kedai makan namun lain pula dengan seorang pemuda ini apabila menikmati hidangan tersebut di atas jalan raya.

“Kita makan dulu.”
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @atok_sengett ini memaparkan gelagat rakannya yang sedang berhenti menunggu lampu isyarat merah.

Tengah makan mee segera atas motor sekali bos call, aksi pemuda ini cuit hati netizen

Dalam video tersebut juga dapat dilihat rakannya itu dengan selamba menikmati mee segera di dalam mangkuk sambil duduk di atas sebuah motorsikal.

Malah, dia juga dilihat tidak menghiraukan cuaca panas terik ketika itu tetapi tetap berselera menikmati mee segera yang dibawanya.

Dapat ‘call’ dari boss
Difahamkan, dia dan rakannya itu tiba-tiba dapat penggilan daripada majikan yang membuatkan mereka segera bergerak ke tempat tersebut sambil membawa mee segera yang siap dimasak.

BACA JUGA : Sudah 30 tahun saintis cuba mengesan habitat ‘Unicorn Asia’ ini
Sultan Johor perkenan pembubaran Dun
Tindakan BAM gantung 2 tahun Lee Zii Jia undang kecaman pemain badminton no 1 dunia