Teguran Hamid selari dengan perjuangan Pas, kata Zuhdi

Oleh MHDAILY

Teguran atau sesetengahnya menganggap ia sebagai rungutan yang diluahkan oleh bekas Ketua Polis Negara (KPN) beberapa hari sebelum beliau bersara, perlu didengar secara terbuka oleh semua pihak. Sekiranya teguran itu demi kebaikan negara walaupun pedas, perlulah dipertimbangkan.

Sebenarnya kandungan teguran bekas KPN tersebut selari dengan apa yang diperjuangkan oleh PAS sepertimana yang termaktub dalam BPMS, WINS, Manifesto Malaysia Sejahtera dan Model Kerajaan Teknokrat. Boleh jadi ramai yang terlepas pandang dokumen-dokumen ini, justeru teguran bekas KPN tersebut seharusnya mengingatkan semua pihak terhadapnya.

Di dalam Model Kerajaan Teknokrat seperti yang digagaskan oleh Presiden PAS, penglibatan golongan profesional di dalam urusan kepakaran mereka perlu dititikberatkan. Di dalam Model Kerajaan Teknokrat, PAS mengusulkan supaya tadbir urus negara dilaksanakan secara profesional, demi mengelakkan berlakunya gejala politiking sekiranya dikelolakan sepenuhnya oleh ahli politik, yang sudah tentu mempunyai agenda politik kepartian.

Baca Artikel Penuh